Hidup Ini Terlalu Sukar Untuk di Mengertikan

Tuesday, November 23, 2010

Memenangi hati wanita

BIARPUN wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah, namun terdapat lima tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki. Berikut adalah beberapa tip daripada Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali. Jadi seorang lelaki sejati Tidak perlu tampil gagah perkasa tetapi maksud sejati yang diidamkan wanita adalah berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati. Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tidak boleh mengeji tetapi berpada-pada. Katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga yang dusta mewujudkan duka. Lelaki sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua, bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Fitrah wanita ingin dijaga kebajikan dirinya dan bukan dia yang perlu menjaga. Wanita juga ingin didominasi oleh lelaki, bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukan sampai hak wanita untuk bersuara diketepikan. Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan wanita.

Usah berbohong
Bukan sahaja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didustai. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau dalam istilah ciptaan masyarakat hari ini, bohong sunat. Elakkan bohong seperti ini dan nyatakam kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit, nyatakanlah ia kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi tidak akan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas, sentiasa amalkan sikap jujur dan berterus terang. Dalam perkahwinan, ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang benar boleh melukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar apabila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab si isteri percaya, jika suami benar-benar ikhlas dan sayangkannya suami perlu berterus terang. Sama juga dalam isu khianat kasih; bila si suami mempunyai orang ketiga. Isteri yang mengetahui secara tulus daripada si suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakan dirinya dalam diam.

Ambil berat dan prihatin
Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. Dia tidak perlukan nasihat bak kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya. Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin. Komunikasi unggul Wanita ingin sentiasa didampingi. Bukan berdampingan dari aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu khabar daripada anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan. Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan adalah dengan mewujudkan komunikasi tanpa batas iaitu sering berhubung walau sekadar satu mesej ringkas yang bertanyakan khabar. Sentiasa berterus terang, jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana ketika itu anda perlu lakukan sesuatu yang lebih penting. Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh membuatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan. Terima dia seadanya Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah, bukan mencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik. Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.

Thursday, November 18, 2010

Sifat berdasarkan bulan lahir..


CAPRICORN

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dgn org. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

*aku camni ke....(~_~)

mAdAH-MaDAh CinTA...~

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

I Don't Know...


I'm on a bad mood today...I myself dont know why I feel like this...huhuhu....hari yang paling tak seronok berlaku lagi dalam hariku-hariku setelah sekian lama rasa ini tidak menjengah aku..ingatkan aku tak akan merasainya lagi tapi ternyata tanggapanku silap..entah berapa kali aku mengalirkan air mata arini pun tak tahula..hmmm...why this happen to me again?????why?why?why?...

Lain orang lain caranya untuk hilangkan kesedihan...kalau aku memang takder cara lain...menangis...dan tulis apa saja yang terbuku dalam hati..bila dah luah semua..legala...huhuhu...ni dah ader blog..aku akan lu
ah dalam ni la tapi tak semua akan aku luahkan sebab banyak perkara bagi aku terlalu peribadi untuk diceritakan...hurmm..jam dah kul 12.40 tengahari...aku masih camni lagi...keje aku dah siapkan awal-awal lagi tadi..lagipun untuk aku menyambung kembali kerja rasa macam dah takder mood..tapi jangan salah tafsir plak..kang ada la melabel aku makan gaji buta plak..skang ni waktu rehat..so I take the time to write something on my blog...

Monday, November 15, 2010

Today is monday

Lamernyer aku tak mencoretkan sesuatu dalam blog ni..aku terlalu bizi rasanyer (ye ke?)...waktu ni aku masih lagi bergelumang dengan kerja-kerja yang diamanahkan kepadaku..hurmmm..banyaknyer nak kena siapkan...esok orang sudah ramai yang mula bercuti untuk sambutan Aidiladha..tahun ni kali kedua aku raya kat shah alam..kali pertama masa aku pregnant 9 bulan..aku beraya ngan hubby je..aku masak hidangan yang biasa dihidangkan pada pagi raya...ada la jugak terasa mood raya walaupun masa tu cuma beraya berdua...tahun ni aku tak balik mana-mana sebab minggu lepas raya aku perlu ambik cuti untuk balik Terengganu..adikku bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannnya..terpaksalah aku berkorban...aku tak tahu lagi nak masak apa untuk hidangan pagi raya nanti..huhuhu..cedey la plak raser...walaupun dah berumahtangga..tapi aku tetap rindukan masakan mama kat kampung..aku rindukan suasana beraya di desa bersama keluarga tersayang...ish terlebih emosi la plak...



Bila tibanya raya haji ni...ingatanku pada arwah atuk yang ku sayangi kembali menjelma...sudah menjadi kewajipannya sebagai salah seorang imam di kampung..dia ditugaskan untuk menjadi tukang sembelih binatang korban...kenangan terakhir aku dengannya sewaktu aku adik beradik buat pertama kalinya korbankan lembu dan tukang sembelihnya adalah atukku sendiri...tergiang-ngiang di telingaku suaranya mengajarkan kami niat untuk berkorban..tapi itu semua sudah tinggal kenangan..kenangan manis bersama orang tersayang...semoga roh atuk sentiasa aman di sana dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman...Amin...