Hidup Ini Terlalu Sukar Untuk di Mengertikan

Tuesday, December 15, 2009


Anakku...
Hari ini hari kedua dirimu dapat melihat dunia...alangkah bersyukurnya mama dapat melihat mu di depan mata...
Mohammad Hadif Iskandar..itulah nama yang mama dan papa pilihkan untuk mu...Raja @ pemimipin yang berwawasan @ bermatlamat..itulah yang mama dan papa harapkan darimu apabila dewsa kelak...tapi ibu mama tidak mengizinkan mama menambah nama Iskandar padamu..kerana katanya ia pantang bagi kita yang bukan berdarah kacukan di Raja...mama dan papa turutkan sahaja dan tinggalah sahaja namamu..Muhammad Hadif...senang dan ringkas..dan panggilan itulah yang yang saban waktu mama dan papa sebut-sebutkan sepanjang masa sejak dirimu melihat dunia..
Anakku,
Mama mengharapkan kesejahteraan keatas mu..semoga dirimu sentiasa sihat..bahagia dan membesar menjadi seorang yang anak yang taat kepada Penciptamu dan kedua ibubapamu sayang...

Sunday, July 19, 2009

Sedih aku tengok gambar ni..terasa macam arwah masih lagi ada..aku merupakan antara cousin paling rapat dengan arwah..sepanjang aku study kat shah alam..dialah yang jaga aku seperti seorang abg menjaga adik..semasa hayatnya..arwah adalah seorang yang aktif..pernah wakili sekolah-sekolah terengganu dalam sukan bola sepak..maser kat shah alam pun samer2 join sport club..tapi takdir dah menentukan segalanya..tiba-tiba satu hari dia demam..ingatkan cumer demam yang biasa tp rupernya itulah permulaan kepada penderitaan dalam hidupnya..dari seorang yang ceria dan suka bergurau..dia bertukar menjadi seorang pendiam dan banyak termenung..arwah terpaksa menangguh dahulu pengajiannya selama 1 tahun kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan..sudah habis cara family maklongku ikhtiarkan..tapi keadaannya masih juga tidak menunjukkan perubahan..aku kesian sangat tengok dia maser tu..tidak bermaya..senyum pun senyum dalam kesakitan..Ya Allah Kau kurangkanlah kesakitannya..hanya doa yang mampu aku berikan...setelah setahun berehat..berubat..akhirnya arwah boleh kembali meneruskan pengajiannya..tetapi tidak boleh seaktif dulu..arwah sempat merasai alam pekerjaan selepas tamat pengajiannya selama 3 bulan sahaja..semasa gambar ini diambil, arwah masih lagi bekerja tapi cuti untuk konvo..arwah kelihatan begitu ceria..lebih-lebih lagi apabila bersama kawan-kawannya...semasa hari bahagiaku..arwah tidak dapat sama-sama meraikannya..pada masa itu, keadaan arwah sedikit teruk..hanya maklong dan paklong serta adik-beradik arwah yang lain datang..keesokkannya aku pergi melawat arwah..dia kelihatan begitu ceria sekali..memang dari awal lagi dia menunggu kedatangan kami seolah mengetahuinya..apa yang aku perasan..banyak sangat dia makan..mulutnya pulak bising bercerita dengan suamiku..seolah2 telah lama mengenali..apabila ku ingat kembali..tarikhnya adalah 09/03/08..bermakna 22hari sebelum pemergiaannya..kami berbual, bercerita kisah-kisah lama sehingga malam..selesai solat maghrib..kami berangkat pulang..tanpa aku sedari, rupanya itulah kali terakhir aku melihatnya..dia menghantar kami sehingga ke kereta tanpa menghiraukan darah yang mengalir dari kakinya..aku sempat menasihatinya supaya ke hospital..tapi katanya..buat apa lagi nak pergi..letak ubat banyak2 pun dah takkan sembuh lagi..itulah petanda yang telah diberikan kepada kami..tapi hanya berlalu begitu sahaja..31/03/08 aku mendapat panggilan telefon dari abahku mengatakan arwah telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas..aku pack semua barang dan bersiap untuk bertolak pulang pada malam itu jgk bersama2 kakak iparku dan adik arwah..sepanjang perjalanan aku berdoa semoga kami tiada apa2 yang berlaku padanya..tapi Tuhan telah menentukan segalanya..arwah pergi meninggalkan kami pada pukul 12malam semasa kami masih lagi dalam perjalanan..aku menangis semahunya..adik arwah terus meraung sambil memanggil2 abangnya..sayunya hati..kami sempat menatap wajahnya buat kali terakhir..paklongku menanti juga kedatanganku sebelum dibawa ke kubur..aku mengiringi jenazah ke kubur..sekali lagi hati ku sayu..aku menunggu sehingga selesai acara pengebumian..esoknya kami bertolak pulang ke KL dalam suasana pilu masih terasa...buat yang masih mengingatinya..sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah semoga rohnya sentiasa dirahmati..
Antara hantaran yang aku hadiahkan untuk suamiku..semua hantaran aku siapkan sendiri sehari sebelum majlisku..penatnya badan hanya Tuhan yang tahu..maklumlah..majlis perkahwinan pertama untuk familyku..persiapannya sahaja makan masa berbulan-bulan..bilik pun aku siapkan sendiri...sekali ngan bilik kakak iparku...sebab hari perkahwinanku sekali dengan hari sambut menantu abangku..inai pun malam majlis tu baru aku pakai..hehehe..nasib baik merah...

Wednesday, July 1, 2009

Semua orang cakap muka Hadif ni banyak muka papa dia..betul ke...kesian ngan mama..tak der muka mama ke..huhuhu...
Aku first time tengok muka Hadif maser lahir terus aku teringat sepanjang aku pregnant aku selalu doa mintak muka anak aku sebijik cam muka papa dia..Alhamdulillah..Allah dah makbulkan...

Friday, June 12, 2009

La Takhzan...

Aku seakan terpanggil untuk meluahkan rasa simpatiku pada sahabatku Ina dan suaminya Zul....Ya Allah betapa besar dugaan yang Allah turunkan untuk mereka...terasa insaf diriku sebagai hamba-Mu...Ina..aku tahu kau dan suami memang seorang yang tabah dan kuat..mungkin tersimpan satu hikmah yang besar disebalik apa yang terjadi ini..aku juga seorang ibu..aku memahami hati seorang ibu yang terlalu menyayangi anaknya..naluri ibu mana yang tidak terusik apabila melihat anaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain...Nabila, aunti doakan Nabila dapat menikmati hidup ini dengan gembira..jangan pernah lukakan hati ibu dan ayah nabila apabila besar nanti, yang telah berkorban untuk Nabila...

Thursday, June 11, 2009


Amboi...bukan main lagi berposing yea...Hadif sedang bergaya dengan walker barunya...dia sendiri yang pilih warna ni...suka ngan warna-warna terang anak mama ni...

Wednesday, June 10, 2009

Si botak...

Kesian Hadif kepenatan selepas dikerjakan oleh cik long dia...dah botak dah anak mama ni...jadi muka lain plak anak mama ni biler dah botak..

Ni muka Hadif sebelum dibotakkan...hensem tak....

Mohd Asyraf Mikael & Muhammad Hadif

Jauh betul beza sepupu dua orang ni...yang sorang bukan main montel lagi..yang sorang ni plak slim sangat..ikut papa dia kot..klu ikut mama dia mestila montel gak..hehehe...
Mikael...
geram mama tengok...cam nak cubit-cubit jer...
Hadif sayang...
comeinyer....nak peluk-peluk..nak cium-cium je rasanyer...

Tuesday, May 19, 2009

Renjis-renjis dipilis..ditepung di tawar...
Teringat nostalgia menjadi raja sehari...tanggal 08 Mac 2008...aku sah bergelar isteri kepada Mohd Hazwan bin Ibrahim...suami yang akan aku cintai sepanjang hayatku...Amiin...cam tak cayer je aku dah kawin...aku bercinta setahun...bertunang 8 bulan..terus nikah..kejap je kan..tapi aku bersyukur kerana telah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan beriman...yang membahagiakan aku sebagai seorang isteri..semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal untuk sepanjang hayat kami...cerita-cerita lama telah aku tinggalkan sebaik aku menerimanya sebagai pasanganku...janjiku ingin menjadi seorang isteri yang solehah kepada suamiku dan ibu mithali kepada anak-anakku nanti...

Wednesday, May 13, 2009

Ha..nilah kakak iparku...kira pakej la family aku sekali dapat dua menantu...sepasang plak tu..
akak,
Welcome to our family..
Semoga kita dapat sama-sama melayari bahtera hidup berumahtangga..

Seputih Salju..

Inilah suamiku...hensem tak..hehehe...mestilah hensem..kan..gambar ni diambik maser lepas upacara sarung cincin..family dia nak jugak kitorang bergambar...kat masjid lagi ni..

Tuesday, May 12, 2009

Syukur Alhmdulillah

Ni baru lepas akad nikah..on de way nak balik umah dari masjid..dah jadi isteri orang dah ni..yang dua orang lagi tu..entah biler...semoga cepat-cepat dapat jodoh..boleh merasa makan naik minyak lagi...hehehe

Wednesday, May 6, 2009

My Cute Little Boy...

my cute little boy...so nakal sekarang...penat sangat layan keletah dia..but biler tengok dia senyum..hilang segala kepenatan..rindunya nak jumpa dia..duk ofis pun terbayang2 muka dia kat rumah pengasuh...huhuhu...hadif tunggu mama ye...

Thursday, April 23, 2009

~..memories..~


first time aku try-try create my own blog ni...sebelum ni duk asyik baca blog orang je...mmm...nk citer pasal aper dulu ek..rasanya..ada baiknya aku story ckit2 about my personal details..aku ni boley dikategorikan ada banyak nick name jugak la..aku sendiri pun kurang pasti kenapa banyak sangat nick name aku ni..kat rumah my family call me..angah..biasalah..anak no.2...kat sekolah my friend..my teacher..know me as Sal..I dont know why this such name tetiba termuncul..as I know..my name only Marliza Hana...hehehe..when I futher study..my friend..lecturer..stay call me Sal..but when my "fasa" was changed..from graduate to employee..my friend..eventhough my boss..they know me as Hana or Marliza...my real name finale...hummm...penat citer pasal nick name ni...I was 26 years old..wow..quit adult..aku raser cam baru semalam aku grad..actually aku punya hometown kat Terengganu..I was married and a mother of a son..mmmm..my cute little one..and I really-really miss him very much...and also my love husband..mohd hazwan...I Love U very much...hehehe...ok la..aku raser..it time for me to quit..ader keje ckit ma...huhuhu....