Hidup Ini Terlalu Sukar Untuk di Mengertikan

Tuesday, November 23, 2010

Memenangi hati wanita

BIARPUN wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah, namun terdapat lima tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki. Berikut adalah beberapa tip daripada Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali. Jadi seorang lelaki sejati Tidak perlu tampil gagah perkasa tetapi maksud sejati yang diidamkan wanita adalah berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati. Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tidak boleh mengeji tetapi berpada-pada. Katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga yang dusta mewujudkan duka. Lelaki sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua, bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Fitrah wanita ingin dijaga kebajikan dirinya dan bukan dia yang perlu menjaga. Wanita juga ingin didominasi oleh lelaki, bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukan sampai hak wanita untuk bersuara diketepikan. Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan wanita.

Usah berbohong
Bukan sahaja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didustai. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau dalam istilah ciptaan masyarakat hari ini, bohong sunat. Elakkan bohong seperti ini dan nyatakam kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit, nyatakanlah ia kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi tidak akan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas, sentiasa amalkan sikap jujur dan berterus terang. Dalam perkahwinan, ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang benar boleh melukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar apabila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab si isteri percaya, jika suami benar-benar ikhlas dan sayangkannya suami perlu berterus terang. Sama juga dalam isu khianat kasih; bila si suami mempunyai orang ketiga. Isteri yang mengetahui secara tulus daripada si suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakan dirinya dalam diam.

Ambil berat dan prihatin
Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. Dia tidak perlukan nasihat bak kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya. Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin. Komunikasi unggul Wanita ingin sentiasa didampingi. Bukan berdampingan dari aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu khabar daripada anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan. Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan adalah dengan mewujudkan komunikasi tanpa batas iaitu sering berhubung walau sekadar satu mesej ringkas yang bertanyakan khabar. Sentiasa berterus terang, jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana ketika itu anda perlu lakukan sesuatu yang lebih penting. Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh membuatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan. Terima dia seadanya Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah, bukan mencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik. Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.

Thursday, November 18, 2010

Sifat berdasarkan bulan lahir..


CAPRICORN

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dgn org. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

*aku camni ke....(~_~)

mAdAH-MaDAh CinTA...~

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

I Don't Know...


I'm on a bad mood today...I myself dont know why I feel like this...huhuhu....hari yang paling tak seronok berlaku lagi dalam hariku-hariku setelah sekian lama rasa ini tidak menjengah aku..ingatkan aku tak akan merasainya lagi tapi ternyata tanggapanku silap..entah berapa kali aku mengalirkan air mata arini pun tak tahula..hmmm...why this happen to me again?????why?why?why?...

Lain orang lain caranya untuk hilangkan kesedihan...kalau aku memang takder cara lain...menangis...dan tulis apa saja yang terbuku dalam hati..bila dah luah semua..legala...huhuhu...ni dah ader blog..aku akan lu
ah dalam ni la tapi tak semua akan aku luahkan sebab banyak perkara bagi aku terlalu peribadi untuk diceritakan...hurmm..jam dah kul 12.40 tengahari...aku masih camni lagi...keje aku dah siapkan awal-awal lagi tadi..lagipun untuk aku menyambung kembali kerja rasa macam dah takder mood..tapi jangan salah tafsir plak..kang ada la melabel aku makan gaji buta plak..skang ni waktu rehat..so I take the time to write something on my blog...

Monday, November 15, 2010

Today is monday

Lamernyer aku tak mencoretkan sesuatu dalam blog ni..aku terlalu bizi rasanyer (ye ke?)...waktu ni aku masih lagi bergelumang dengan kerja-kerja yang diamanahkan kepadaku..hurmmm..banyaknyer nak kena siapkan...esok orang sudah ramai yang mula bercuti untuk sambutan Aidiladha..tahun ni kali kedua aku raya kat shah alam..kali pertama masa aku pregnant 9 bulan..aku beraya ngan hubby je..aku masak hidangan yang biasa dihidangkan pada pagi raya...ada la jugak terasa mood raya walaupun masa tu cuma beraya berdua...tahun ni aku tak balik mana-mana sebab minggu lepas raya aku perlu ambik cuti untuk balik Terengganu..adikku bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannnya..terpaksalah aku berkorban...aku tak tahu lagi nak masak apa untuk hidangan pagi raya nanti..huhuhu..cedey la plak raser...walaupun dah berumahtangga..tapi aku tetap rindukan masakan mama kat kampung..aku rindukan suasana beraya di desa bersama keluarga tersayang...ish terlebih emosi la plak...



Bila tibanya raya haji ni...ingatanku pada arwah atuk yang ku sayangi kembali menjelma...sudah menjadi kewajipannya sebagai salah seorang imam di kampung..dia ditugaskan untuk menjadi tukang sembelih binatang korban...kenangan terakhir aku dengannya sewaktu aku adik beradik buat pertama kalinya korbankan lembu dan tukang sembelihnya adalah atukku sendiri...tergiang-ngiang di telingaku suaranya mengajarkan kami niat untuk berkorban..tapi itu semua sudah tinggal kenangan..kenangan manis bersama orang tersayang...semoga roh atuk sentiasa aman di sana dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman...Amin...




Monday, July 12, 2010

Aktiviti masa lapang

Ni salah satu dari aktiviti aku masa lapang selain dari melayan keletah si manjaku yang lasak..jahit manik..aktiviti ni dah lama aku ceburi..cewah..ayat skema plak..hehehe..saja suka-suka dan ada juga ambil tempahan terutamanya dekat-dekat nak raya ni..yang aku upload ni baju my sis-in law aku yang punyer..corak ni sesuai untuk dia yang comel dan manja tu..

Ni corak untuk bahagian lengan je..kiri dan kanan..untuk leher belum sepenuhnya lagi...

IRIS Event

8hb July aku ada event kat Mandrin Oriental Hotel, KL...event ni sempena tandatangan kontrak antara my company ngan YAKEB and sambutan Hari Lahir Tun Dr Mahathir Mohammad..aku and my colleque perlu ada kt hotel tu seawal jam 9 pagi untuk preparation..tapi kitorang sampai kul 9.30 pagi..reason..parking penuh..sampai-sampai je terus buat kerja..ingatkan boleh la duk rehat-rehat jap..
Aku bertungkus lumus menyiapkan jus melon..guest dah ramai plak yang sampai..aku dahla pakai baju putih..jus melon tu plak warna oren..hmmm ada terpecik ckit-ckit..spoil my mood la..
Our guest terdiri daripada Datuk-Datuk and Datin-Datin..semua VIP and VVIP la senang citer..so kenala sentiasa bermuka manis dan bersopan santun..ikut protokol la katakan..
Ni la barisan pekerja yang 'dipaksa' bekerja pada hari tu..hehehe..dah ala-ala pekerja hotel dah..

Ni plak model buah melon..hehehe..okey la ni..tak dapat jadi model majalah mangga kitorang jadi model buah melon..
Tun sedang menikmati jus melon hasil tangan aku..hehehe..sedap ke..

Our Datuk sedang mengeksplain tentang buah melon kat Tun..

Masa kerja dah abis..tiba masa bergumbira...tengok ni pantang dihalakan kamera..mula la sibuk nak berposing..melon jugak jadi pilihan..

Model beg..boleh la..

Dalam masa yang sama aku jugak boleh jadi model buah nangka..huhuhu..with project manager..Mr Ooi..
Setelah penat bekerja akhirnya dapat la kami berehat sekejap sambil menikmati lunch..ni ler antara menu-menunya..aku pun dah luper dah nama apa hidangan ni..yang pastinya ada sushi, ada udang ngan mayo, ada ikan (xpasti ikan apa) n fishball..biasala makanan hotel mana la sedap sangat pun..tapi bila perut dah mula mainkan lagu keroncong..bedal je la..

Yang ni plak nasi goreng cina, udang harimau masak ngan cheese, sayur and ayam berempah kot..entahla..sedap jugak..yum yum..

Pencuci mulut..kek pineapple..manis..sedap jugak..tapi disebabkan kemanisannya yang bagi aku terlebih skit tu..menghalang aku menghabiskannya..

i bersama-sama dengan staff IRIS yang lain yang bertugas jugak ari tu..


Sempat la jugak bergambar ngan orang-orang glamour ni..hehehe..Dato' Khatijah Ibrahim, Nazri (Husband Sazzy Falaq), Dato' Mumtaz (bekas atlet negara) and Jailani Sidek...

Dua orang ni plak selebriti IRIS...si cantik manis Azza..n handsome guy Malik... event berakhir seawal jam 3 petang..tapi biasalah dah nama pun pergi untuk bekerja..so paham-paham la..kena kemas...Penatnya hanya tuhan yang tahu..aku sampai berkaki ayam je..sakit kaki dah..kasut plak bertumit tinggi..aduh....



Sementara tunggu my hubby datang ambik..kitorang sempat la rakamkan gambar kenangan ni..hehehe..

Thursday, June 3, 2010

Semalam aku dapat panggilan telefon dari abah..ibu yang ku kasihi dimasukkan ke hospital kerana jantungnya lemah..Ya Allah terasa ingin aku terbang menemuinya..hanya doa dapatku panjatkan pada yang Maha Esa semoga ibuku selamat..Setiap masa handfon tidak lekang dari tanganku..bimbang sekiranya terlepas berita dari kampung..gugur rasa jantungku mengenangkan nasib ibuku yang terlantar di hospital..

Sunday, May 30, 2010

Dream Come True

Dreams come true...it sound good...but it only indah khabar dari rupa. Tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita. Kadang-kadang impian itu hanya impian yang tertanam jauh di sudut hati kita tanpa kita ketahui entah bila impian itu akan tertunai..hmmm...orang tua-tua kata tak elok mengeluh..tapi sometimes that feeling datang sendiri tanpa kita sedari.Banyak impian aku yang belum tertunai..dan yang pastinya terlalu banyak question mark untuk setiap impian itu..that why la impian itu tetap terkubur smp hari ni..

Friday, April 16, 2010

Minggu ni adalah minggu yang paling memenatkan...fuhhh...memang penat giler..letak je kapla..langsai..hehehe..actually minggu ni ada audit..internal audit..n now my turn di audit according to the a lot of problem at CCP..huhuhu...macam-macam soklan kluar dari mulut auditor..penat nk menjawabnyer...but Alhamdulillah..semuanya okey..but a some area need an improvement...tak kesahla..janji lepas..but start from now on..keje aku dah bertambah2...

Sunday, March 28, 2010

Jalan-jalan di hujung minggu...

Ari sabtu minggu lepas bawak Hadif jalan-jalan kat Taman Tasik Shah Alam..seronok..ramai sangat budak-budak..sampai tak terkejar dibuatnya Hadif ni berlari..suka sangat tengok kawan ramai...
tengok tu..entah apa di jenguknya..ari tu Hadif jadi tumpuan lensa kamera sekumpulan student tengah wat shooting..hehehe.glamer jap anak mama ni... jom kita layan gelagat Hadif..

My Birthday...

Ni maser sambut birthday aku..hehehe..18-Jan..luper ar nak post awal-awal..actually ni sebenarnya suprise birthday party..my hubby berkomplot ngan family dia untuk celebrate ni..kebetulan birth date aku same ngan birth date anak buah hubby aku... so sekali jalan la..wat kat Kenny Rogers..ingatkan dah tua ni takder orang nak celebrate lagi..huah..huah..huah...


ni ler ghuper keknya..strawberry.. yummy...takder le besor sebab nanti takut tak habis..membazir...ni akak ipar yang sponsor..suprise punyer pasal...
eh..eh..malu la plak..dapat loving kiss from my hubby..aku rasa satu Kenny Rogers tu tengok..eee..merah rasa muka aku waktu tu..






Ni la special gift yang aku dapat dari hubby aku..seutas jam tangan Polo Club..cantik sangat..thanks sayang...





Thursday, March 25, 2010

Perginya dirimu tiada pengganti...

Tanggal 17 Mac 2010..perginya atuk yang amat aku sayangi untuk selama-lamanya. Rasa macam mimpi pun ada. Perginya terlalu pantas..Sisa-sisa kesedihan masih lagi ada. Aku tidak sempat menatap jenazahnya buat kali terakhir kerana terlewat sampai. Hanya doa dapat ku kirimkan. Seawal jam 5 pagi, aku menerima panggilan telefon dari adikku..dalam sendu dia menyampaikan berita bahawa atuk ku sudah tiada lagi di dunia ini. Innalillahiwainnailaihirojiun...aku kelu tanpa suara..pelbagai kenangan manis bersamanya berlegar-legar diingatanku..terlalu banyak nasihat..ilmu..yang diajarkan kepada kami adik beradik..atuk ku seorang yang sentiasa ceria..tidak pernah sedikit pun ditinggikan suara kepada cucu-cucunya..selalunya dialah paling gembira bila semua cucu-cucunya pulang ke kampung..kali kedua terakhir aku berjumpanya semasa raya korban 2009..atukku selaku tukang sembelih..bising mulutnya mengajar kan kami adik beradik niat untuk berkorban..Kali terakhir semasa aku balik emergency ibuku accident..waktu itu dialah orang paling risau dengan kesihatan ibuku..ayah mana yang nak lihat anaknya sakit..Atukku pergi tanpa sebarang tanda..atuk dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas..itupun abah rahsiakan dari pengetahuanku..takut aku risau..hari kedua atuk di hospital, adikku menghubungiku menanyakan samada aku sudah tahu ke belum mengenai kesihatan atuk..memang aku tidak tahu langsung mengenai berita itu..kami berbual panjang mengenai atuk..termasuk kedegilannya enggan ke hospital sekiranya sakit..tapi qada' dan qadar Allah tiada siapa yang dapat mengubahnya..atukku pergi seawal jam 4.20pagi dihospital semasa ditemani adikku yang ketiga bongsu..perginya juga dalam keadaan tenang..mungkin kerana kebaikannya semasa hayat masih dikandung badan..Allah permudahkan pemergiannya..aku tidak pernah sekalipun dengar atuk ada menyakiti hati sesiapa..percakapannya juga penuh nasihat..tidak pernah tinggikan suara pada sesiapa termasuk isteri dan anak-anaknya..
Atuk..angah sayang atuk..

Tuesday, March 16, 2010

Majlis Aqiqah dan cukur jambul Hadif













Aku dah tak ingat bila tarikh majlis ni..saja upload gambar-gambar masa majlis ni berlangsung..Ni la kambing yang telah diakikahkan untuk Hadif..majlis buat kat rumah atuk ngan nenek sebelah hubby aku kat Sungai Besar.Semua persiapan my father-in-law yang buat..actually majlis ni disponsor 100% oleh dia..dulu cousin Hadif pun my father in law ni jugak yang sponsor..Alhamdulillah..rezeki...

Semua persiapan penyembelihan dilakukan kat rumah tauke kambing ni..so kitorang dapat daging ngan tulang yang siap dipotong..aku tak sempat tengok sebab lambat sampai dari Shah Alam..sampai-sampai je orang tengah agih-agihkan daging untuk dimasak...banyak jugak lauk..macam nak jemput ramai je lagaknya...ada aura cam meriah je majlis malam ni..tungguuu...
Ni antara bunga-bunga telur yang disiapkan oleh my sister in law ngan cousin dia untuk dibahagi-bahagikan kepada tetamu nanti..ni pun my mother in law yang beli kat Ayer Hitam..jauh tu bawak dari Johor..kitorang memang bawak badan je..tak siapkan apa-apa langsung..hehehe..bertuah kan...

Ha ni la rupa telurnya yang disiapkan..dah macam nak kenduri kawin pun ada...

Yang ni aku yang buat..bertungkus lumus memotong daun pandan ngan bunga-bungaan..

Ni la hidangan untuk majlis malam tu..nasi ambang..hidangan tradisional masyarakat jawa..maklumla aku kawin ngan orang berdarah kacukan jawa..so ada la tempias-tempiasnya..hehehe..sedap nasi ambang ni..aku 1st time makan pun teruja dengan keenakannya..sehingga menjilat jari..tapi jemputan malam tu memang ramai..terdiri daripada saudara-mara hubby aku ngan jiran-jiran and orang-orang masjid..alhamdulillah..majlis berjalan lancar seperti yang dirancang..
Sementara menunggu tetamu datang..sempat berposing jap..Hadif dah mengantuk dah waktu ni..saja aku leka kan dia..bagi dia penat..nanti dah tidur senang nak cukur jambul tu...tapi risau jugak takut mengamuk..Hadif ni kalau mengamuk boleh tahan jugak kuatnya..tak pandang kiri kanan dah..




Betul tekaan aku..akhirnya Hadif terlenan jugak dipangkuan papa dia..bukan main lena lagi dia tidur..memang tak terjaga langsung sepanjang majlis tu...Orang usik-usik kepala dia pun..tak terjaga..tu memang betul-betul lena la tu..


Ini la sedikit rambut yang dipotong masa majlis tu berlangsung..sikit je..cam wat syarat je..sebenarnya masa aku habis pantang dulu pun..dah buat majlis cukur jambul Hadif ni kat Terengganu..my mum and dad kat Terengganu yang sponsor..cucu sulung la katakan..rupa-rupanya my father and my mother in law pun teringin nak buat jugak..tu yang buat 2 kali majlis cukur jambul Hadif..