Hidup Ini Terlalu Sukar Untuk di Mengertikan

Monday, July 12, 2010

Aktiviti masa lapang

Ni salah satu dari aktiviti aku masa lapang selain dari melayan keletah si manjaku yang lasak..jahit manik..aktiviti ni dah lama aku ceburi..cewah..ayat skema plak..hehehe..saja suka-suka dan ada juga ambil tempahan terutamanya dekat-dekat nak raya ni..yang aku upload ni baju my sis-in law aku yang punyer..corak ni sesuai untuk dia yang comel dan manja tu..

Ni corak untuk bahagian lengan je..kiri dan kanan..untuk leher belum sepenuhnya lagi...

IRIS Event

8hb July aku ada event kat Mandrin Oriental Hotel, KL...event ni sempena tandatangan kontrak antara my company ngan YAKEB and sambutan Hari Lahir Tun Dr Mahathir Mohammad..aku and my colleque perlu ada kt hotel tu seawal jam 9 pagi untuk preparation..tapi kitorang sampai kul 9.30 pagi..reason..parking penuh..sampai-sampai je terus buat kerja..ingatkan boleh la duk rehat-rehat jap..
Aku bertungkus lumus menyiapkan jus melon..guest dah ramai plak yang sampai..aku dahla pakai baju putih..jus melon tu plak warna oren..hmmm ada terpecik ckit-ckit..spoil my mood la..
Our guest terdiri daripada Datuk-Datuk and Datin-Datin..semua VIP and VVIP la senang citer..so kenala sentiasa bermuka manis dan bersopan santun..ikut protokol la katakan..
Ni la barisan pekerja yang 'dipaksa' bekerja pada hari tu..hehehe..dah ala-ala pekerja hotel dah..

Ni plak model buah melon..hehehe..okey la ni..tak dapat jadi model majalah mangga kitorang jadi model buah melon..
Tun sedang menikmati jus melon hasil tangan aku..hehehe..sedap ke..

Our Datuk sedang mengeksplain tentang buah melon kat Tun..

Masa kerja dah abis..tiba masa bergumbira...tengok ni pantang dihalakan kamera..mula la sibuk nak berposing..melon jugak jadi pilihan..

Model beg..boleh la..

Dalam masa yang sama aku jugak boleh jadi model buah nangka..huhuhu..with project manager..Mr Ooi..
Setelah penat bekerja akhirnya dapat la kami berehat sekejap sambil menikmati lunch..ni ler antara menu-menunya..aku pun dah luper dah nama apa hidangan ni..yang pastinya ada sushi, ada udang ngan mayo, ada ikan (xpasti ikan apa) n fishball..biasala makanan hotel mana la sedap sangat pun..tapi bila perut dah mula mainkan lagu keroncong..bedal je la..

Yang ni plak nasi goreng cina, udang harimau masak ngan cheese, sayur and ayam berempah kot..entahla..sedap jugak..yum yum..

Pencuci mulut..kek pineapple..manis..sedap jugak..tapi disebabkan kemanisannya yang bagi aku terlebih skit tu..menghalang aku menghabiskannya..

i bersama-sama dengan staff IRIS yang lain yang bertugas jugak ari tu..


Sempat la jugak bergambar ngan orang-orang glamour ni..hehehe..Dato' Khatijah Ibrahim, Nazri (Husband Sazzy Falaq), Dato' Mumtaz (bekas atlet negara) and Jailani Sidek...

Dua orang ni plak selebriti IRIS...si cantik manis Azza..n handsome guy Malik... event berakhir seawal jam 3 petang..tapi biasalah dah nama pun pergi untuk bekerja..so paham-paham la..kena kemas...Penatnya hanya tuhan yang tahu..aku sampai berkaki ayam je..sakit kaki dah..kasut plak bertumit tinggi..aduh....



Sementara tunggu my hubby datang ambik..kitorang sempat la rakamkan gambar kenangan ni..hehehe..