Hidup Ini Terlalu Sukar Untuk di Mengertikan

Sunday, March 28, 2010

Jalan-jalan di hujung minggu...

Ari sabtu minggu lepas bawak Hadif jalan-jalan kat Taman Tasik Shah Alam..seronok..ramai sangat budak-budak..sampai tak terkejar dibuatnya Hadif ni berlari..suka sangat tengok kawan ramai...
tengok tu..entah apa di jenguknya..ari tu Hadif jadi tumpuan lensa kamera sekumpulan student tengah wat shooting..hehehe.glamer jap anak mama ni... jom kita layan gelagat Hadif..

My Birthday...

Ni maser sambut birthday aku..hehehe..18-Jan..luper ar nak post awal-awal..actually ni sebenarnya suprise birthday party..my hubby berkomplot ngan family dia untuk celebrate ni..kebetulan birth date aku same ngan birth date anak buah hubby aku... so sekali jalan la..wat kat Kenny Rogers..ingatkan dah tua ni takder orang nak celebrate lagi..huah..huah..huah...


ni ler ghuper keknya..strawberry.. yummy...takder le besor sebab nanti takut tak habis..membazir...ni akak ipar yang sponsor..suprise punyer pasal...
eh..eh..malu la plak..dapat loving kiss from my hubby..aku rasa satu Kenny Rogers tu tengok..eee..merah rasa muka aku waktu tu..






Ni la special gift yang aku dapat dari hubby aku..seutas jam tangan Polo Club..cantik sangat..thanks sayang...





Thursday, March 25, 2010

Perginya dirimu tiada pengganti...

Tanggal 17 Mac 2010..perginya atuk yang amat aku sayangi untuk selama-lamanya. Rasa macam mimpi pun ada. Perginya terlalu pantas..Sisa-sisa kesedihan masih lagi ada. Aku tidak sempat menatap jenazahnya buat kali terakhir kerana terlewat sampai. Hanya doa dapat ku kirimkan. Seawal jam 5 pagi, aku menerima panggilan telefon dari adikku..dalam sendu dia menyampaikan berita bahawa atuk ku sudah tiada lagi di dunia ini. Innalillahiwainnailaihirojiun...aku kelu tanpa suara..pelbagai kenangan manis bersamanya berlegar-legar diingatanku..terlalu banyak nasihat..ilmu..yang diajarkan kepada kami adik beradik..atuk ku seorang yang sentiasa ceria..tidak pernah sedikit pun ditinggikan suara kepada cucu-cucunya..selalunya dialah paling gembira bila semua cucu-cucunya pulang ke kampung..kali kedua terakhir aku berjumpanya semasa raya korban 2009..atukku selaku tukang sembelih..bising mulutnya mengajar kan kami adik beradik niat untuk berkorban..Kali terakhir semasa aku balik emergency ibuku accident..waktu itu dialah orang paling risau dengan kesihatan ibuku..ayah mana yang nak lihat anaknya sakit..Atukku pergi tanpa sebarang tanda..atuk dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas..itupun abah rahsiakan dari pengetahuanku..takut aku risau..hari kedua atuk di hospital, adikku menghubungiku menanyakan samada aku sudah tahu ke belum mengenai kesihatan atuk..memang aku tidak tahu langsung mengenai berita itu..kami berbual panjang mengenai atuk..termasuk kedegilannya enggan ke hospital sekiranya sakit..tapi qada' dan qadar Allah tiada siapa yang dapat mengubahnya..atukku pergi seawal jam 4.20pagi dihospital semasa ditemani adikku yang ketiga bongsu..perginya juga dalam keadaan tenang..mungkin kerana kebaikannya semasa hayat masih dikandung badan..Allah permudahkan pemergiannya..aku tidak pernah sekalipun dengar atuk ada menyakiti hati sesiapa..percakapannya juga penuh nasihat..tidak pernah tinggikan suara pada sesiapa termasuk isteri dan anak-anaknya..
Atuk..angah sayang atuk..

Tuesday, March 16, 2010

Majlis Aqiqah dan cukur jambul Hadif













Aku dah tak ingat bila tarikh majlis ni..saja upload gambar-gambar masa majlis ni berlangsung..Ni la kambing yang telah diakikahkan untuk Hadif..majlis buat kat rumah atuk ngan nenek sebelah hubby aku kat Sungai Besar.Semua persiapan my father-in-law yang buat..actually majlis ni disponsor 100% oleh dia..dulu cousin Hadif pun my father in law ni jugak yang sponsor..Alhamdulillah..rezeki...

Semua persiapan penyembelihan dilakukan kat rumah tauke kambing ni..so kitorang dapat daging ngan tulang yang siap dipotong..aku tak sempat tengok sebab lambat sampai dari Shah Alam..sampai-sampai je orang tengah agih-agihkan daging untuk dimasak...banyak jugak lauk..macam nak jemput ramai je lagaknya...ada aura cam meriah je majlis malam ni..tungguuu...
Ni antara bunga-bunga telur yang disiapkan oleh my sister in law ngan cousin dia untuk dibahagi-bahagikan kepada tetamu nanti..ni pun my mother in law yang beli kat Ayer Hitam..jauh tu bawak dari Johor..kitorang memang bawak badan je..tak siapkan apa-apa langsung..hehehe..bertuah kan...

Ha ni la rupa telurnya yang disiapkan..dah macam nak kenduri kawin pun ada...

Yang ni aku yang buat..bertungkus lumus memotong daun pandan ngan bunga-bungaan..

Ni la hidangan untuk majlis malam tu..nasi ambang..hidangan tradisional masyarakat jawa..maklumla aku kawin ngan orang berdarah kacukan jawa..so ada la tempias-tempiasnya..hehehe..sedap nasi ambang ni..aku 1st time makan pun teruja dengan keenakannya..sehingga menjilat jari..tapi jemputan malam tu memang ramai..terdiri daripada saudara-mara hubby aku ngan jiran-jiran and orang-orang masjid..alhamdulillah..majlis berjalan lancar seperti yang dirancang..
Sementara menunggu tetamu datang..sempat berposing jap..Hadif dah mengantuk dah waktu ni..saja aku leka kan dia..bagi dia penat..nanti dah tidur senang nak cukur jambul tu...tapi risau jugak takut mengamuk..Hadif ni kalau mengamuk boleh tahan jugak kuatnya..tak pandang kiri kanan dah..




Betul tekaan aku..akhirnya Hadif terlenan jugak dipangkuan papa dia..bukan main lena lagi dia tidur..memang tak terjaga langsung sepanjang majlis tu...Orang usik-usik kepala dia pun..tak terjaga..tu memang betul-betul lena la tu..


Ini la sedikit rambut yang dipotong masa majlis tu berlangsung..sikit je..cam wat syarat je..sebenarnya masa aku habis pantang dulu pun..dah buat majlis cukur jambul Hadif ni kat Terengganu..my mum and dad kat Terengganu yang sponsor..cucu sulung la katakan..rupa-rupanya my father and my mother in law pun teringin nak buat jugak..tu yang buat 2 kali majlis cukur jambul Hadif..

Monday, March 15, 2010

Ni semua pic maser rayer taon 2008..waktu ni aku tengah pregnant 7 bulan...kaki dah mula bengkak..muka pun dah sembab maser ni...aku dah tak berapa larat nak jalan..sebab rasa sakit pinggang tapi mak mertua aku suruh banyakkan berjalan nanti senang nak bersalin...

Ni maser gi beraya rumah aunty Alang kat Hartamas..makan pun sikit je..rasa cam penat sangat..
Ni pulak waktu gi open house aunty2 belah my hubby kat Istana Budaya..muka dah sembab sangat maser ni..on de way balik dari beraya ni..perut aku sakit..ingatkan dah nak bersalin..gimik je..cuak gak aku rasa..hehehe..rasa cam belum bersedia nak bersalin waktu ni..

Ni mama ngan 2 orang adikku..datang dari Terengganu sebab nak jaga aku..aku tengah tunggu hari-hari nak deliver je waktu ni..my hubby bawak gi Taman Tasik..jalan-jalan sambil hirup udara segar..(cam nak bagi aku cepat je bersalin)..aku dah mula rasa susah nak berjalan sebab kaki dah bengkak sangat..sakit bila banyak berjalan..Tuhan je tahu camner rasanya..huhuhu..
Rasa insaf bila ingat camni la mama pregnant kan aku dulu..

besarkan perutku..hehehe..maunya tak besar..Muhammad Hadif keluar berat dia 3.05kg..boley tahan jugak la besarnya...


Hensem tak Hadif....hehehe..amboi-amboi bukan main lagi dia yea..cermin mata hitam siap berpossing lagi..sekarang dah pandai tengok camera...pantang halakan camera mula la dia beraksi...tengok gambar ni pun dah tau...jom kita layan jap gambar-gambar hadif berposing...






Friday, March 12, 2010

Model IRIS

Ari ni ada sessi bergambar untuk cover page Welcome Kit IRIS...ni la muka-muka modelnyer..

Kak Nurrul tumpang bergambar je..yang 2 org lagi tu yang modelnyer..hehehe..Jumper plak ngan kak ungku kat receptionist..sementara tunggu yang lain-lain datang..kitorang pun posing la dulu...pantang nampak camera ni..mesti nak senyum..
Ni maser sessi penggambaran..tengok En Shah tu dah macam jurugambar profesional dah...

Susah jugak rupernyer nak jadi model majalah ni..nak kena posing macam-macam..

Monday, March 8, 2010

Wedding Anniversarry

Semalam 08th March 2010..genaplah 2 tahun usia perkahwinanku dengan suamiku..Mohd Hazwan b Ibrahim...hmmm cam tak percaya je masa terlalu cepat berlalu..Muhammad Hadif pun dah 1 tahun 3 bulan...Aku mengharapkan ikatan perkahwinan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat..Tahun lepas sambut anniversarry kt Muar..bersama ngan sambutan birthday my father-in-law..tahun ni sambut bertiga je kat Shah Alam...my hubby bawak gi makan kat Kenny Rogers...

This is my favourite drink..caramel chocolate blend..urmmmm yummy...n my hubby favourite..cold chocolate..

this is my meal...1/4 original chicken roaster with 3-sided dishes..rice(for Hadif)..Macaroni Cheese..n garden salad...urp...belum makan dah kenyang..hehehe...
last but not least..my hubby's meal..1/2 black pepper chicken roaster...with 3-sided dishes
hash potatoes...salad n baked beans...Alhamdulillah...

Thursday, March 4, 2010

2nd Anniversarry

Special gift from my lovely husband as an anniversarry present...NOKIA 5800 Express Music...Thanks sayang..hope our wedding, our life, our love are forever and ever....aku still mencari-mencari lagi special present untuk dia..nak bagi aper yek...

Monday, March 1, 2010

2 Hari 1 Malam



Saje je aku wat title camtu...27/02..sempena ngan cuti Maulidur Rasul..my hubby ngan all his Technician group ada wat trip to PD...2 days 1 night..seronok sangat..pegi sana memang betul-betul berehat..no fit activities..rasa cam nak tambah cuti pun ader..hehehe...budak kecik ni plak orang paling seronok..berlari je..sampai di PD at about 11am..check-in on 3pm..so at the staggared time,kitorang pun lepak2 la kt tepi pantai dlu sambil menikmati breakfast..(nasi lemak + telur mata)...fuh ditambah ngan angin sepoi2 bahasa..selera je makan..(mybe pn perut dah lapar kot)..

ni gambar dalam bilik..seronok betul Muhammad Hadif..bilik aku menghadap pool n pantai..best..view dia pun cantik menarik..hehehe..aku suka sangat tengok Hadif hepi..hilang penat tengok dia berlari-lari..sambil gelak2..


senyum sayang...tengok tu..senyum skit je anak mama ni..dia dah berpeluh-peluh dah waktu ni..penat berlari-lari..ni kat atas katil dlm bilik..baru check-in..posing dlu jap..hehehe...
petangnyer..bawak hadif mandi pool..tengok tu siap berkaca mata hitam..bukan main bergaya lagi..bawak masuk pool, bukan main diam lagi dia..seronok la tu..dia memang suka main air..haa dapat air banyak ni..main la puas2...

ngan anak abang cik yang no.2..cam pandai je borak..hehehe...

ni baru balik dari pantai..berenti kat pool jap..mandi lagi..dlm kul 11 lebih baru naik..turun kt pukul 8 lebih..seronok..cam tak nak balik lagi pu ader..tp nak wat camner..esoknyer dah kena kerja...huhuhu..kitorang check-out pukul 12 tengahari...tp tak terus balik umah pun..gi sungai besi jap..kononnya nak pekena nasi ayam ok tapi sampai sana, kedai dah tutup..sedihnya abg aku..sabar ye sayang..last2 gi makan kat giant kinrara...

maser pusing-pusing kat dalam Giant Kinrara ni..Hadif nak naik motor kecik ni..tengok tu..berposing...