Hidup Ini Terlalu Sukar Untuk di Mengertikan

Thursday, November 18, 2010

Sifat berdasarkan bulan lahir..


CAPRICORN

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dgn org. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

*aku camni ke....(~_~)

mAdAH-MaDAh CinTA...~

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

I Don't Know...


I'm on a bad mood today...I myself dont know why I feel like this...huhuhu....hari yang paling tak seronok berlaku lagi dalam hariku-hariku setelah sekian lama rasa ini tidak menjengah aku..ingatkan aku tak akan merasainya lagi tapi ternyata tanggapanku silap..entah berapa kali aku mengalirkan air mata arini pun tak tahula..hmmm...why this happen to me again?????why?why?why?...

Lain orang lain caranya untuk hilangkan kesedihan...kalau aku memang takder cara lain...menangis...dan tulis apa saja yang terbuku dalam hati..bila dah luah semua..legala...huhuhu...ni dah ader blog..aku akan lu
ah dalam ni la tapi tak semua akan aku luahkan sebab banyak perkara bagi aku terlalu peribadi untuk diceritakan...hurmm..jam dah kul 12.40 tengahari...aku masih camni lagi...keje aku dah siapkan awal-awal lagi tadi..lagipun untuk aku menyambung kembali kerja rasa macam dah takder mood..tapi jangan salah tafsir plak..kang ada la melabel aku makan gaji buta plak..skang ni waktu rehat..so I take the time to write something on my blog...