Hidup Ini Terlalu Sukar Untuk di Mengertikan

Thursday, March 25, 2010

Perginya dirimu tiada pengganti...

Tanggal 17 Mac 2010..perginya atuk yang amat aku sayangi untuk selama-lamanya. Rasa macam mimpi pun ada. Perginya terlalu pantas..Sisa-sisa kesedihan masih lagi ada. Aku tidak sempat menatap jenazahnya buat kali terakhir kerana terlewat sampai. Hanya doa dapat ku kirimkan. Seawal jam 5 pagi, aku menerima panggilan telefon dari adikku..dalam sendu dia menyampaikan berita bahawa atuk ku sudah tiada lagi di dunia ini. Innalillahiwainnailaihirojiun...aku kelu tanpa suara..pelbagai kenangan manis bersamanya berlegar-legar diingatanku..terlalu banyak nasihat..ilmu..yang diajarkan kepada kami adik beradik..atuk ku seorang yang sentiasa ceria..tidak pernah sedikit pun ditinggikan suara kepada cucu-cucunya..selalunya dialah paling gembira bila semua cucu-cucunya pulang ke kampung..kali kedua terakhir aku berjumpanya semasa raya korban 2009..atukku selaku tukang sembelih..bising mulutnya mengajar kan kami adik beradik niat untuk berkorban..Kali terakhir semasa aku balik emergency ibuku accident..waktu itu dialah orang paling risau dengan kesihatan ibuku..ayah mana yang nak lihat anaknya sakit..Atukku pergi tanpa sebarang tanda..atuk dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas..itupun abah rahsiakan dari pengetahuanku..takut aku risau..hari kedua atuk di hospital, adikku menghubungiku menanyakan samada aku sudah tahu ke belum mengenai kesihatan atuk..memang aku tidak tahu langsung mengenai berita itu..kami berbual panjang mengenai atuk..termasuk kedegilannya enggan ke hospital sekiranya sakit..tapi qada' dan qadar Allah tiada siapa yang dapat mengubahnya..atukku pergi seawal jam 4.20pagi dihospital semasa ditemani adikku yang ketiga bongsu..perginya juga dalam keadaan tenang..mungkin kerana kebaikannya semasa hayat masih dikandung badan..Allah permudahkan pemergiannya..aku tidak pernah sekalipun dengar atuk ada menyakiti hati sesiapa..percakapannya juga penuh nasihat..tidak pernah tinggikan suara pada sesiapa termasuk isteri dan anak-anaknya..
Atuk..angah sayang atuk..