Hidup Ini Terlalu Sukar Untuk di Mengertikan

Sunday, July 19, 2009

Sedih aku tengok gambar ni..terasa macam arwah masih lagi ada..aku merupakan antara cousin paling rapat dengan arwah..sepanjang aku study kat shah alam..dialah yang jaga aku seperti seorang abg menjaga adik..semasa hayatnya..arwah adalah seorang yang aktif..pernah wakili sekolah-sekolah terengganu dalam sukan bola sepak..maser kat shah alam pun samer2 join sport club..tapi takdir dah menentukan segalanya..tiba-tiba satu hari dia demam..ingatkan cumer demam yang biasa tp rupernya itulah permulaan kepada penderitaan dalam hidupnya..dari seorang yang ceria dan suka bergurau..dia bertukar menjadi seorang pendiam dan banyak termenung..arwah terpaksa menangguh dahulu pengajiannya selama 1 tahun kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan..sudah habis cara family maklongku ikhtiarkan..tapi keadaannya masih juga tidak menunjukkan perubahan..aku kesian sangat tengok dia maser tu..tidak bermaya..senyum pun senyum dalam kesakitan..Ya Allah Kau kurangkanlah kesakitannya..hanya doa yang mampu aku berikan...setelah setahun berehat..berubat..akhirnya arwah boleh kembali meneruskan pengajiannya..tetapi tidak boleh seaktif dulu..arwah sempat merasai alam pekerjaan selepas tamat pengajiannya selama 3 bulan sahaja..semasa gambar ini diambil, arwah masih lagi bekerja tapi cuti untuk konvo..arwah kelihatan begitu ceria..lebih-lebih lagi apabila bersama kawan-kawannya...semasa hari bahagiaku..arwah tidak dapat sama-sama meraikannya..pada masa itu, keadaan arwah sedikit teruk..hanya maklong dan paklong serta adik-beradik arwah yang lain datang..keesokkannya aku pergi melawat arwah..dia kelihatan begitu ceria sekali..memang dari awal lagi dia menunggu kedatangan kami seolah mengetahuinya..apa yang aku perasan..banyak sangat dia makan..mulutnya pulak bising bercerita dengan suamiku..seolah2 telah lama mengenali..apabila ku ingat kembali..tarikhnya adalah 09/03/08..bermakna 22hari sebelum pemergiaannya..kami berbual, bercerita kisah-kisah lama sehingga malam..selesai solat maghrib..kami berangkat pulang..tanpa aku sedari, rupanya itulah kali terakhir aku melihatnya..dia menghantar kami sehingga ke kereta tanpa menghiraukan darah yang mengalir dari kakinya..aku sempat menasihatinya supaya ke hospital..tapi katanya..buat apa lagi nak pergi..letak ubat banyak2 pun dah takkan sembuh lagi..itulah petanda yang telah diberikan kepada kami..tapi hanya berlalu begitu sahaja..31/03/08 aku mendapat panggilan telefon dari abahku mengatakan arwah telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas..aku pack semua barang dan bersiap untuk bertolak pulang pada malam itu jgk bersama2 kakak iparku dan adik arwah..sepanjang perjalanan aku berdoa semoga kami tiada apa2 yang berlaku padanya..tapi Tuhan telah menentukan segalanya..arwah pergi meninggalkan kami pada pukul 12malam semasa kami masih lagi dalam perjalanan..aku menangis semahunya..adik arwah terus meraung sambil memanggil2 abangnya..sayunya hati..kami sempat menatap wajahnya buat kali terakhir..paklongku menanti juga kedatanganku sebelum dibawa ke kubur..aku mengiringi jenazah ke kubur..sekali lagi hati ku sayu..aku menunggu sehingga selesai acara pengebumian..esoknya kami bertolak pulang ke KL dalam suasana pilu masih terasa...buat yang masih mengingatinya..sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah semoga rohnya sentiasa dirahmati..

No comments:

Post a Comment